nuffnang

Monday 20 October 2014

Adakah saiz zakar itu penting?





Soalan yang sentiasa didebatkan di kalangan lelaki mahupun perempuan. Lelaki sebenarnya sangat sensitif tentang isu ini. Saiz secara purata di kalangan lelaki asia ialah panjang 4-6 inci dan diameter 4-6inci masa tegang. Orang putih dan berkulit hitam mempunyai saiz yang lebih besar, iaitu antara 5-8 inci. Zakar yang paling panjang yang tercatat dalam rekod ialah 11 inci, ia dimiliki seorang orang berkulit hitam. Zakar mempunyai pelbagai bentuk. Fungsi zakar ialah sebagai alat menyalurkan air mani semasa bersetubuh dan membuang air kencing. Ia terdiri daripada 2 korpus karvenosum dan 1 korpus spongiosum yang meyaluti salur kencing (urethra). Korpus karvenosum memainkan peranan yang sangat penting sebab ia merupakan struktur yang mengeras masalah darah alir ke dalamnya. Ia merupakan faktor penentuan saiz dan bentuk zakar seorang lelaki. Ia boleh di panjangkan lagi selepas urut yang betul ( tapi saz lilitan akan jadi kecil sebab tisu dalam korpus karvenosum telah mengalami koyakan yang kecil masa mengurut. Itulah sebabnya selepas urut, biarkan zakar itu berehat seketika.) Saiz itu mungkin penting atas alasan kosmetik, tapi saiz yang besar tapi tidak tegang tiada gunanya. Pada pendapat saya, saiz yang sederhana tapi tegang merupakan saiz yang ideal. Sekiranya saiz anda tergolongan dalam katogori kecil, jangan risau, asalkan anda dapat melakukan seks dan dapat memuaskan pasangan anda, itupun sudah cukup. Tidak semestinya zakar yang besar itu yang paling baik. Saya hendak menekan di sini bahawa kekerasan dan tahan lama merupakan faktor yang paling penting, dan bukan saiz!

Buah Zakar (testes)






Semua lelaki mempunyai sepasang buah zakar yang disaluti skrotum. Ia berfungsi untuk menghasilkan air mani yang cukup dan subur untuk persenyewaan. Ia merupakan organ endokrin menghasilkan hormon lelaki iaitu testoteron, untuk tujuan perkembangan ciri kejantanan dan pembesaran alat kelamin, serta merangsang keinginan untuk seks. Ia berada di luar tubuh sebab air mani (sperma) perlu dihasilkan pada suhu yang lebih rendah daripda tubuh badan, iaitu suhu 34 - 36 C. Pemakaian seluar dalam yang ketat akan menyebabkan testes terlalu dekat dengan tubuh dan suhunya meningkat. Sperma tidak dapat dihasilkan dalam suhu ini dan menyebabkan kemandulan. Bekerja atau berdekatan dengan tempat kerja yang panas seperti dapur masak, walding, loji pemanasan, mesin panas untuk masa yang panjang akan menyebabkan kemandulan atas sebab yang sama. Ada segelintir lelaki hanya mempunyai sebiji testis sahaja sejak lahir atau sebab trauma. Mereka ini masih subur sebab manusia hanya memerlukan sebiji testis sahaja untuk menghasilkan air mani.

Thursday 16 October 2014

Nak Jadi Model


Berjinak-jinak nak jadi model... jom kite nengok...


Macam mana nak cari clue, senang jer, click link di bawah (warna biru), clue dah di beri, so cari huruf atau no yg di garis dan berwarna MERAH sahaja. Itulah passkeynye.






Clue : Finally, bring v_l_m_ into your dry, flat hair. New Dove Volume & Nourishment.



Show encrypted text

There is hidden text here